Sunday, January 23, 2022

Meriam Sultan Sulaiman Shah Singgora

Meriam Tembaga Singgora (1623M) di Chelsea London  .

Terdapat padanya ukiran tulisan Jawi Arab yang terdiri daripada beberapa bait syair,seruan ke atas nama Allah serta nama Sultan Sulaiman dan tarikh padanya.

Tafsiran tulisan yang terdapat di meriam ini , 

 علامة صاحبه السلطان سليمان شاه، ملك المظفّر اسم لقابه، ثلاث وستون والف، في سنة الاليف، واربع يوم من شهر ذوالقعده في يوم الاثنين

Alamat ( tanda ) yg ampunya nya assultan Sulaiman Shah, Malik Al-muzaffar nama gelarnya, Pada tahun hijrah 3 dan 60 dan 1000 ( yakni 1063 h ), pada tahun alif dan 4 hari daripada bulan zul kaedah pada hari isnin

 يا من غفور وغفّار ۝ يا من شكور وستّار ۝ 

واحشرنا مع الابرار ۝ سبحان الله الله اكبر ۝

Tafsiran , 

Wahai Tuhan yang maha pengampun dan lagi amat mengampuni ۝ Wahai Tuhan yg sangat menerima syukur dan amat menutupi ۝ Himpunlah kami serta orang-orang yg benar ۝ Subhanallah, Allahu Akbar


 ايڠة٢ اڠكو هي انق داݢڠ ۝ كتانه جوكڽ كيتاكن فولڠ 

تنتوت الهم عازي برفارڠ ۝ جنج توهن كجنه داتڠ

Tafsiran , 

Ingat-ingat engkau hai anak dagang ۝ Ke tanah juganya kita akan pulang ۝ Tuntut olehmu kemuliaan berparang ( berperang ) ۝ Janji Tuhan ke jannah datang

مريم دفربواة اداله سدة ۝ مڠوچڤ شكور كحضرة الله ۝ جديكن تند منڠكلكن منّه ۝ اكن ممبونه كافر عليه اللعنه

Tafsiran , 

Meriam diperbuat adalah sudah ۝ Mengucap syukur ke hadrat Allah ۝

Jadikan tanda menanggalkan minnah (nikmat/kurniaan) ۝ Akan membunuh kafir alaihil laknah. 


Wallahua'lam